SEORANG LELAKI DITAHAN KPDNHEP KETIKA CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN

 

KETEREH 22 Mei : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Operasi yang dijalankan bermula jam 9.00 pagi diadakan sekitar sempadan negara dan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Maklumat risikan mengesan pergerakan sebuah kenderaan sedang membuat pengisian minyak petrol di stesen-stesen minyak secara berulang kali.
Seterusnya pasukan membuat serbuan di sebuah stesen minyak Jalan Nilam Puri, Ketereh, Kelantan dan semasa dilokasi terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna biru sedang membuat pengisian dipam dan seorang pemandu telah ditahan oleh pasukan.
Pemeriksaan lanjut kenderaan mendapati terdapat 22 tong jerikin dibahagian penumpang dan but belakang dengan anggaran kuantiti 550 liter minyak petrol telah diiisi oleh saspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40an.
Pasukan membuat penyitaan terhadap minyak petrol dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1,127.50 kenderaan tersebut yang berpendaftaran Malaysia iaitu jenis Proton Iswara dengan nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 7000.00 bersama pemandu tersebut untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

FASA PERALIHAN MONSUN

FASA PERALIHAN MONSUN Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, hal ini susulan permulaan fasa peralihan monsun …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan …
Maklumat Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut