PERDANA MENTERI UMUM BANTUAN RM200 SELAMA 6 BULAN KEPADA PESAWAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: Kesepaduan Nasional (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM200 selama enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi. Pengumuman tersebut dibuat beliau ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 18 Mei 2022.

Pengumuman tersebut sudah pasti memberikan khabar gembira dan kelegaan kepada golongan pesawah kerana bantuan itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian golongan pesawah, apatah lagi dalam mendepani kemelut peningkatan kos sara hidup dan kadar inflasi makanan yang melanda kini.

Sumber : Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …