TUNDA LUAR KAWASAN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Georgetown, 19 Mei 2022 – Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan kelas C yang melanggar syarat sah lesen pada lebih kurang jam 10.55 malam tadi. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Pertiwi/ Op Benteng telah mengesan sebuah bot nelayan yang bergerak dalam keadaan bergelap disyaki sedang beroperasi menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 4.6 batu nautika barat Kuala Sungai Pinang.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan tempatan kelas C berpangkalan di Batu Maung itu dikendalikan tekong warga tempatan berumur 51 tahun serta tiga kru warga Indonesia yang memiliki dokumen permaustatin tetap berumur antara 44 hingga 52 tahun berada di atas bot tersebut.

Bot terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Bot berkenaan bersama tekong, tiga kru, peralatan menangkap ikan serta ikan campur anggaran 100 kilogram disita dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Sumber : Laman FB APMM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …