BUDAYA GUNA ‘ORANG TENGAH’ DALAM SEKTOR PERTANIAN PERLU DIHAPUSKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Perdana Menteri menjelaskan bahawa gangguan bekalan rantaian dan kenaikan kadar inflasi makanan bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan kini menjadi fenomena global. Beliau berkata sedemikian dalam satu majlis makan malam sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 18 Mei 2022.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri menyarankan agar amalan menggunakan ‘orang tengah’ dalam sektor pertanian hendaklah dihapuskan bagi mengawal peningkatan kos sara hidup. Saranan beliau itu juga bertujuan supaya tiada pihak cuba memanipulasikan harga barangan pertanian dan makanan di pasaran. Beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menghapuskan permit import (AP) bagi membawa masuk bahan asas makanan dari luar negara berkuat kuasa serta merta.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …