TEMUBUAL COVID-19 DI PERAKFM

Ipoh – 18 Mac 2020 Y.BRS Tuan Khairul Ridzuan bin Mat Said, Pengarah MKN Negeri Perak telah bersiaran secara langsung melalui PerakFM bagi menjelaskan tentang Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan COVID-19. Dalam temubual selama 45 minit itu Tuan Khairul Ridzuan, telah mengambil peluang untuk menjelaskan kepada rakyat Perak terhadap Perintah Kawalan Pergerakan  yang perlu dipatuhi oleh semua orang dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil bagi menyekat penularan wabak ini.

Beliau turut menyeru kepada  orang ramai agar sama-sama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memainkan peranan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing.  Di samping itu beliau meminta orang ramai untuk mengurangkan pergerakan yang tidak perlu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan demi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut