IPOH – HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kedai dibuka secara drive thru

Ipoh – 18 Mac 2020, Umum telah mengetahui kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Tinjauan yang dilaku pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini di sekitar Bandaraya Ipoh mendapati orang ramai masih menjalankan kegiatan harian seperti biasa. Keseluruhannya pengusaha kedai makan mematuhi arahan yang dikeluarkan dengan menjalankan perniagaan secara pembungkusan (take -away) kepada para pelanggan mereka dan hanya segelintir peniaga sahaja didapati  berdegil membuka kedai makan kepada orang ramai dengan cara makan di kedai. Premis-premis perniagaan dan kilang-kilang juga didapati telah memberhentikan operasi masing-masing dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Hasil tinjauan di Stesen Kereta api Ipoh pula mendapati, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS mengambil peluang untuk pulang ke kampung ekoran daripada arahan penutupan IPTA dan IPTS oleh pihak kerajaan. Bukan sahaja pelajar, namun dilihat terdapat juga orang ramai yang mengambil peluang  untuk balik kampung  semasa  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Orang ramai mengambil peluang untuk balik kampung

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …