PENULARAN COVID-19 – PERAK CAKNA

IPOH 19 Mac 2020 – Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak telah diadakan di Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak  dan telah dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu, Menteri Besar Perak. MKN Perak menjadi “command centre” dan sebarang maklumat akan diselaraskan melalui jawatankuasa ini. Jawatankuasa yang dibentuk akan melibatkan beberapa agensi berkaitan dan setiap agensi akan berkongsi maklumat dan segala info terkini tentang perjalanan Pelaksanaan Kawalan Pergerakan.

Menteri Besar Perak juga melalui sidang media yang dibuat sejurus selepas selesai mesyuarat, menyeru kepada rakyat Perak agar  sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi mencegah penularan COVID -19 di Negeri Perak.

Sesi Bergambar Selepas Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Perak

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …