INISIATIF JUALAN MURAH HARI RAYA AIDILFITRI OLEH YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN KERJASAMA KWP, PL, TUDM & KPDNHEP DI WP LABUAN

WP LABUAN – YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan hadir di Subang pagi tadi bagi menyaksikan penghantaran kargo bekalan makanan seperti telur dan minyak masak bagi menampung keperluan dan meredakan tekanan bekalan makanan yang tidak mencukupi di WP Labuan. Bagi penghantaran pertama ini, muatan terdiri daripada 250,000 biji telur dan 8,500 pek minyak masak 1kg. Warga Labuan juga dapat menikmati subsidi dari KWP bagi pembelian barangan ini; sebiji telur dari 46 sen kepada 33 sen (RM10 sepapan) manakala minyak masak dari RM2.50 menjadi RM2.00.
Penghantaran kargo ini akan dijadualkan sebanyak 5 kali penghantaran termasuk penghantaran pertama ini sebelum perayaan Aidilftri. Terima kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang melaksanakan penerbangan ehsan ini bagi menjimatkan kos penghantaraan & logistik. Semoga sahabat-sahabat di Labuan dapat tersenyum gembira dengan jualan murah ini
SUMBER: KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …