KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TERIMA WATIKAH PELANTIKAN 19 KETUA PERWAKILAN ASING KE MALAYSIA

DASAR KESELMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 April 2022 telah berkenan menerima watikah pelantikan 19 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Joana Veneranda Amaral dari Timor-Leste, Takahashi Katsuhiko (Jepun), Saad Maandi (Algeria), Ricardo Estanislao Morote Canales (Peru), Dabare Liyanage Sumangala Dias (Sri Lanka) dan Constance Chemwayi (Zimbabwe).

Ketua-ketua perwakilan asing lain ialah Sentle Kenneth Rabale dari Lesotho, Wayne Mitchell Robson (Kanada), Agostinho André De Carvalho Fernandes (Angola), Riadh Dridi (Tunisia), Maynor Jacobo Cuyún Salguero (Guatemala), Lars Bo Larsen (Denmark) dan Rwamucyo Ernest (Rwanda).

Yang lain ialah Alem Tsehaye Woldemariam (Eritrea), Leko Ado (Niger), Belmiro José Malate (Mozambique), Apostolos Baltas (Greece), Amenatave V. Yauvoli (Fiji), serta Petar Dimitrov Andonov (Bulgaria). Hadir sama pada istiadat itu Menteri Luar Dato’ Sri Saifuddin Abdullah.

 

Sumber:

Laman Facebook Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …