OP MABUK DAN OP SAMSENG OLEH IPD TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut telah mengadakan Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan pada 22 dan 23 April 2022 bermula jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi di sekitar kawasan Timur Laut Pulau Pinang.

Dalam operasi tersebut, 8 tangkapan telah berjaya dilakukan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan melibatkan lelaki berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun. Manakala seorang lelaki berumur 20 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 42 APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Dalam operasi tersebut juga pihak polis telah menyita sebanyak 3 buah m/sikal di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas pelbagai kesalahan. Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya terutama sekali pada musim perayaan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …