KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN PELANCARAN OPS RAYA SEMPENA AIDILFITRI TAHUN 2022 YANG DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO’ SRI NOROLAZALI BIN SULAIMAN

KUANTAN, 24 APRIL 2022 – Bertempat di Kuantan City Mall (KCM), telah berlangsung Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Raya sempena Aidilfitri tahun 2022 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Kesihatan Negeri Pahang kelmarin. Kempen tersebut bermula seawal jam 10 pagi sehingga 5 petang terisi dengan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung untuk bersama-sama mengambil iktibar dan ilmu tentang keselamatan kebakaran.

Pada sebelah petang bermula pada jam 3.30 petang, ketibaan YB Dato’ Sri Norolazali di pameran tersebut telah disambut oleh YS Dato’ Ir. Dr. Haji Wan Mohammad Zaidi bin Wan Isa Pengarah Bomba Pahang di lobi pusat beli belah terbabit. Turur hadir sama dalam kempen terbabit PPjB Mohd Zahar bin Abdullah, Timbalan Pengarah JBPM Pahang, PgKB I Wan Ahmad Fadillah bin Wan Abdul Rahman, Penolong Pengarah Keselamatan Kebakaran, PgKB II Norizan Mukhtar, Ketua Cawangan Pengurusan Balai JBPM Pahang dan pegawai kanan yang lain.

Acara bermula dengan pengagihan alat pemadam api kepada peniaga dan pengunjung pasaraya sebelum YB Dato’ Sri diberi penerangan berkenaan tatacara pemeriksaan bangunan secara berkala oleh pihak Bomba. Seterusnya YB Dato’ Sri dibawa ke pameran yang telah disediakan dan setelah itu majlis penyampaian Sijil Perakuan Bomba kepada 5 premis yang telah berjaya memperbaharui sijil mereka.

Acara seterusnya pula orang ramai dan YB Dato’ Sri ditunjukkan demo pemadaman kebakaran dapur oleh anggota Bomba. Lebih manis, YB telah diberi peluang untuk mencuba sendiri bagaimana teknik pemadaman yang betul dijalankan sebelum YB diberi peluang pula untuk mencuba melakukan teknik pemotongan kereta menggunakan peralatan khas. YB Dato’ Sri diiringi YS Dato’ Pengarah turut merasmikan pelancaran konvoi kenderaan Bomba sebagai gimik Ops Raya yang diadakan bersempena musim perayaan pada kali ini.

Sumber: Laman FB Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …