UPAH RM10 BAWA SEKAMPIT BERAS SELUDUP

 

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki yang menerima upah sebanyak RM10 untuk setiap kampit beras seludup yang dibawanya berjaya ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan (PGA) Kuantan semasa melalui sekatan jalan raya Banggol Kong di sini pada Sabtu.

Penahanan lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu membawa kepada rampasan 1,125 kilogram (kg) beras siam pelbagai jenama dipercayai diseludup dari negara jiran pada jam 4.30 petang.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan itu termasuk kereta yang digunakan bagi tujuan penyeludupan dianggarkan berjumlah RM11,075.

Hasil soal siasat awal suspek menerima upah sebanyak RM10 bagi setiap satu kampit beras seludup yang dibawa.

Kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan sebelum diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …