PERBARISAN TIMBALAN KOMANDER REJ 506 (AW) SIRI 1/2022

 

KOTA BHARU : Perbarisan Timbalan Komander Rej 506 (AW) Siri 1/2022 telah dilaksanakan pada 21 April 2022 bertempat di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Acara dimulai dengan pemeriksaan perbarisan oleh Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali, Timbalan Komander Rej 506 (AW). Turut diadakan adalah pemakaian pangkat kepada seorang pegawai dan 3 anggota LLP dari Sel Gaji pasukan.
Timbalan Komander dalam ucapannya telah memberikan beberapa penekanan kepada pegawai dan anggota antaranya mengenai aspek kerjaya dan pelaksanaan tugas di pasukan. Anggota turut diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sebagai seorang anggota tentera.
Pelaksanaan perbarisan ini adalah sejajar dengan usaha memperkasakan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi. Ianya turut menyokong Kata Kunci Keempat Perintah Ulung Panglima 8 Briged dalam membentuk organisasi yang unggul.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …