PPZ-MAIWP LANCAR KERJASAMA STRATEGIK DENGAN RHB ISLAMIC

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) telah melancarkan kerjasama strategik untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zakat kepada masyarakat melalui pendekatan holistik.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, melalui kerjasama tersebut, beberapa program dan kempen bakal dilaksanakan, antaranya termasuk Kempen Semarak Zakat, Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) bagi kakitangan RHB, dan Kempen Pelanggan Mewah RHB. Menurutnya, di bawah Kempen Pelanggan Mewah RHB, para pelanggan mewah RHB yang membuat bayaran zakat sebanyak RM25,000 dan ke atas akan berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan istimewa seperti konsultasi zakat dan faraid serta peluang untuk memilih sendiri ke mana agihan zakat mereka disalurkan mengikut pakej agihan yang disediakan.

“PPZ-MAIWP dan RHB Islamic juga akan saling berkongsi maklumat, pengetahuan serta pandangan bagi menyokong kewujudan platform untuk perkongsian ilmu dan idea mengenai pelaksanaan zakat di Malaysia,” katanya. Pada majlis berkenaan, RHB Islamic turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada PPZ-MAIWP bagi tahun kewangan berakhir 2021.

Kerjasama strategik ini akan menjadi pemangkin untuk membina entiti perniagaan yang berdaya maju dan seterusnya membolehkan syarikat menerima pulangan dividen yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan bayaran zakat pada tahun-tahun akan datang.

“Kami mengunjurkan lebih banyak penglibatan dari kalangan kakitangan sektor swasta untuk menunaikan zakat secara potongan gaji melalui Skim PZB. “Justeru itu, saya menyeru kepada majikan-majikan agar memberi galakan kepada kakitangan untuk berbuat demikian. Majikan juga boleh mendapat pengembalian semula wang zakat untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan dan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

____________________________________

Ayuh jadikan Ramadan ini lebih bermakna.

Tunaikan zakat harta anda di www.zakat.com.my atau zakat fitrah di https://fitrah.zakat.com.my

KEMPEN RAMADAN PENUH MAKNA

Info lanjut berkenaan kempen:

http://www.zakat.com.my/ramadan2022

Hubungi 1-300-88-5757 / info@zakat.com.my untuk maklumat lanjut.

Maknakan Ramadan Dengan Menunaikan Zakat Harta & Fitrah

 

SUMBER: FB PUSAT PUNGUTAN ZAKAT https://www.facebook.com/myzakat

 

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut