POLIS LEPAS 5 DAS TEMBAKAN HALANG LELAKI LOLOS SEKATAN

KUANTAN, 19 APRIL 2022 – Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran dan tiga das tembakan ke arah tayar kereta dipandu seorang lelaki yang melarikan diri selepas melanggar kenderaan polis di Jalan Air Putih di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berjaya meloloskan diri dengan meninggalkan keretanya kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, kereta jenis Proton Perdana dipandu suspek cuba ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Kuantan yang menjalankan operasi Ops Sarang bagi tujuan pemeriksaan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di lokasi itu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut keretanya selepas menyedari kehadiran polis sebelum terjerat memasuki jalan mati di Lorong Air Putih 130 di sini.

“Suspek bertindak nekad mengundur keretanya dan melanggar kenderaan polis beberapa kali dalam cubaannya meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Wan Mohd Zahari berkata, dalam kejadian itu, kenderaan polis yang dilanggar suspek kemek manakala anggotanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, dalam cubaan menghalang suspek melarikan diri, anggotanya melepaskan dua das tembakan ke udara sebagai amaran dan mengarahkan saspek memberhentikan kenderaannya.

“Amaran itu tidak diendahkan memaksa anggota tersebut melepaskan tiga das tembakan lagi ke arah tayar kereta tersebut”.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/198723/BERITA/Semasa/Polis-lepas-5-das-tembakan-halang-lelaki-lolos-sekatan?utm_source=Sinar%20Harian&utm_medium=Sinar%20Harian&utm_campaign=Polis%20lepas%205%20das%20tembakan%20halang%20lelaki%20lolos%20sekatan&fbclid=IwAR1Vx_dzdhFNLmGv4KACyn63V5v7PRyRQnTdtpgxK6lLzME1tu6Q88a3cAs

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut