KESUCIAN BULAN RAMADHAN / NUZUL AL-QURAN DICEMARI DENGAN AKTIVITI PERJUDIAN

MARAN, 19 APRIL 2022 – Berdasarkan maklumat dan risikan yang telah dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Maran diketuai Insp. Mohd Jefri Bin Mat Nawi telah membuat serbuan di ladang sawit di Jengka 6 yang dipercayai menjadi tempat perjudian. Lokasi tersebut menjadi tumpuan kaki judi sekitar Jengka.

Operasi di bantu beberapa bahagian dari Ibu Pejabat Daerah Maran telah berjaya merampas serta menahan 7 Lelaki pelbagai bangsa yang sedang leka berjudi. Kes disiasat mengikut seksyen 7(2) ARJT. Kesemua tahanan dan rampasan telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Maran untuk tindakan lanjut.

Sumber: Laman FB Polis Daerah Maran

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …