LALAPORT BUKIT BINTANG BAKAL DITANDA ARAS SEBAGAI PUSAT KOMERSIAL SISA PEPEJAL MAMPAN

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini SWCorp Wilayah Persekutuan telah berpeluang mengadakan lawatan kerja ke Pusat Komersial Lalaport Bukit Bintang Kuala Lumpur yang merupakan Lalaport pertama di Asia Tenggara. SWCorp telah diberi penerangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan kitar semula yang dijalankan di pusat komersial ini.

Pusat komersial ini menggunakan sistem kompaktor sebagai penstoran sisa pepejal di pusat pemungutan dan mempunyai ruang menempatkan tong bagi aktiviti-aktiviti kitar semula. Syarikat pemungutan sisa pepejal yang dilantik juga merupakan syarikat yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Pihak pengurusan fasiliti pusat komersial ini harus dipuji kerana bertanggungjawab menyelaras pengurusan sisa kerja-kerja pengubahsuaian premis sewaan dengan penyediaan tong roro dari syarikat yang berlesen dan memastikan sisa pepejal dilupuskan di tempat yang ditetapkan.

SWCorp Wilayah Persekutuan turut berkongsi kaedah pengurusan sisa pepejal terutamanya berkaitan sisa makanan dan sisa kitar semula yang boleh diamalkan oleh pusat komersial. Salah satu penyewa pusat komersial ini adalah Jaya Grocer telah digalakkan untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih elok untuk diagihkan kepada rakan kongsi amal dan beberapa program B40 PPR melalui NGO.

Pihak SWCorp sentiasa komited dalam berkongsi mengenai pengurusan sisa pepejal di pusat komersial bagi memastikan ia diuruskan dengan baik dan dapat mengurangkan sisa dilupuskan di tapak pelupusan.

Sumber: FB SWCorp Wilayah Persekutuan

https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya/

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut