PUSAT PUSAT TONG SEBAGAI DESTINASI PENYATUAN MASYARAKAT KAMPONG BHARU

KUALA LUMPURPelancaran Grand ISIT telah disempurnakan pada 13 April 2022 oleh Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan. Turut hadir adalah Pengurus DBKL Cawangan Titiwangsa, Pengurus Alam Flora Sdn Bhd Wilayah Persekutuan dan penduduk Kampong Bharu.

Lokasi ini pada asalnya dipenuhi semak samun dan sering menjadi tumpuan pembuangan sampah haram. Keadaan ini telah merencatkan permandangan serta keindahan kawasan Kampong Bharu. Dengan kreativiti yang ada, keadaan tersebut telah ditransformasikan menjadi lokasi riadah bagi kegunaan semua golongan.

Barangan terpakai diberi nafas baru apabila satu pusat tong dinaiktaraf dengan mengolah barangan kitar semula untuk kemudahan penduduk sekitar Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Kereta mainan yang rosak akibat musibah banjir yang melanda Kuala Lumpur tempoh hari juga dibersihkan dan dijadikan tempat mainan kanak-kanak. Puan Ummi juga mampu meneka kereta mainan ini merupakan sisa banjir dari sekitar Tiong Nam yang dilupuskan oleh pengusaha kerana tidak dapat dibaiki. Ia telah diselamatkan dari dihantar ke tapak pelupusan dan digunakan semula dalam projek Grand ISIT kali ini.

Taman ini turut dilengkapi dengan laluan refleksiologi, kebun herba serta ruang kanak-kanak. Segmen pendidikan juga diselitkan bagi memudahkan pengunjung yang beriadah.

Projek yang dijalankan oleh Alam Flora Sdn Bhd turut mendapat kerjasama daripada SWCorp, DBKL dan komuniti Kampong Bharu.

Semoga dengan kewujudan taman ini, penduduk sekitar boleh manfaatkan dengan sebaiknya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: FB SWCorp Wilayah Persekutuan

https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya/

Artikel/Berita Terkini

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—๐—”๐— 

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—š ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi iniย  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut