TRASH4CASH KUALA LUMPUR & SELANGOR BANTU MELANCARKAN EKOSISTEM KITAR SEMULA

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Puan Ummi Kalthum binti Shuib telah mengadakan lawatan di lokasi kemudahan pusat kitar Semula Trash4Cash Kuala Lumpur dan Selangor di Hitech 5 Industrial Park, Semenyih Selangor pada 12 April 2022. Turut sama beberapa Pegawai dan anggota Penguatkuasa hadir ke lokasi ini untuk menimba ilmu pengurusan kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak syarikat ini. Sesi penerangan telah disampaikan oleh Encik Shafreez Redza bin Mhd Saiful Anuar, Pengarah Eksekutif Syarikat Bumi Waste Management (M) Sdn Bhd.

Selain melaksanakan aktiviti kutipan dan menjual sisa kitar semula, pihak Trash4Cash juga turut menjual sisa kitar semula yang masih elok di aplikasi Shopee https://shopee.com.my/bumiwaste4r?v=14f

Untuk rekod, pihak SWCorp WP dan Trash4Cash Kuala Lumpur dan Selangor juga telah menjalinkan kerjasama dalam beberapa aktiviti-aktiviti kesedaran awam seperti #ProjekPahala #KitarSemula dan Skim Perlindungan Insuran Kemalangan Diri berasaskan bahan kitar semula “TRASH4PROTECTION”.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Trash4Cash kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan sisa kitar semula. Semoga dengan perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapatlah dijadikan rujukan, panduan serta inspirasi kepada warga kerja SWCorp WP dalam melaksanakan kerja seharian.

Sekiranya anda diluar sana ingin mendapatkan khidmat pengusaha Trash4Cash untuk kutipan sisa kitar semula dan pada masa yang sama ingin menjana pendapatan boleh hubungi pihak pengusaha melalui:

Whatsapp

http://www.wasap.my/+60194729020/bigvolumecollection (ADMIN)

http://www.wasap.my/+60195149020/bigvolumecollection (KL & SELANGOR)

Aplikasi Trash4cash (INSTALL Di Android Google Playstore)

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.trash4cash

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUANΒ  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya/

.

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut