BENGKEL KOMUNIKASI STRATEGIK NEGERI PULAU PINANG SIRI 1 TAHUN 2020

Sungai Petani, 1 Februari 2020

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Bengkel Komunikasi Strategik Negeri Pulau Pinang Siri 1 Tahun 2020 bertempat di Hotel Park Avenue Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini yang diadakan  pada 31 Januari hingga 1 Februari 2020, bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi di antara agensi Kerajaan yang berkaitan bagi melaksanakan program keselamatan dan kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat dan impak yang maksima kepada rakyat.

Seramai 54 orang peserta menghadiri bengkel ini terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) seluruh Negeri Pulau Pinang.

Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) MKN Putrajaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Zulkifli bin Rashid (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara), Encik Kamarul Haizal bin Koderat (Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah), Encik Yazman bin Yahya (Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan) dan Encik Ahmad Sukri bin Mehat (Ketua Penolong Pegawai Daerah Timur Laut).

Di akhir majlis,  MKN Pulau Pinang turut menyumbang topeng muka (face mask) kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pulau Pinang untuk diedarkan kepada agensi-agensi di daerah sebagai langkah pencegahan penularan wabak koronavirus (nCov).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …