INFO INTEGRITI BIL.1/2020 – PEMILIKAN DAN PENGISYTIHARAN HARTA

 

Selaras dengan Peraturan 10, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytihar secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.

Pengisytiharan harta pegawai perlu dilaksanakan apabila :

i) dilantik ke dalam perkhidmatan awam;

ii) dikehendaki oleh Kerajaan;

iii) memperolehi harta tambahan; dan

iv) melupuskan harta.

Semua pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Tatacara pengisytiharan harta boleh dirujuk melalui pekeliling berikut : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 – Pemilikan dan Pengisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …