779 PATI FILIPINA DIUSIR PULANG

Sandakan, 04 Februari 2020 –  Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah terus menyelaras tanggungjawab dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pelbagai agensi yang lain untuk mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal.

Seramai 779 orang PATI warganegara Filipina telah diusir melalui pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina. Ini adalah pengusiran siri ke-lapan melalui laut pada tahun 2020 melibatkan PATI Filipina dan Indonesia.

Jumlah keseluruhan pengusiran PATI sepanjang Januari dan Februari ialah seramai 1,994 orang, manakala jumlah pengusiran sejak tahun 1990 adalah 593,251 orang termasuk pengusiran melalui udara yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen dan melibatkan PATI dari lain-lain negara.

Majlis Keselamatan Negara merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu menjayakan proses pengusiran PATI demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak inginkan kebanjiran PATI di Malaysia khususnya di negeri Sabah.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …