UNIT WARDEN TRAFIK MBPP: PASTIKAN ALIRAN LALU LINTAS PULAU PINANG LANCAR DAN SELAMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Anggota Warden Lalu Lintas Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dilantik mempunyai hak untuk melaksanakan penguatkuasaan lalu lintas di kawasan pulau, khasnya George Town. Unit Warden Trafik MBPP merupakan satu inisiatif sebagai usaha tambahan dalam memastikan aliran lalu lintas di Negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

Terbaru pada hari ini, 5 April 2022, Unit Warden Trafik MBPP telah menyelia lalulintas di sekitar Jalan Masjid Negeri demi keselesaan para pengguna jalanraya. Semua pemandu adalah dinasihatkan supaya bertanggungjawab untuk tidak menghalang lalulintas seperti meletakkan kenderaan sewenang-wenangnya “double park” di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan laluan kenderaan.

Sebagai info tambahan, difahamkan bagi kesalahan membabitkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika gagal mematuhi isyarat lalu lintas lorong motosikal, pelaku boleh dikompaun dari RM40 ke RM120.

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang -MBPP

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …