DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan SOP (Fasa Peralihan Ke Endemik), Ops Pantau 2022, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat, Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak dan Pemeriksaan Telur Ayam pada 4 April 2022 di di Pasaraya Aeon Mall, Bukit Mertajam dan kawasan Sekitar di daerah Seberang Perai Tengah.
Pemeriksaan dilakukan oleh tiga (3) orang pegawai terhadap 19 premis perniagaan. Pemeriksaan mendapati tiada premis yang melakukan kesalahan dan tiada kes dihasilkan.
Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang