2 LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN SELUDUP KE NEGARA JIRAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 9 disini semalam.
Hasil operasi telah berjaya menghasilkan tindakan 2 kes iaitu anggaran kuantiti 326 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran bersama sebuah kenderaan tangki ubahsuai berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 700.90
Turut ditahan pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki melayu berumur 30an merupakan warganegara tempatan dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM 25, 700.90.
Tindakan kes kedua berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30an membawa kenderaan mencurigakan, pasukan operasi menemui 244 liter minyak petrol dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 500.20 manakala kenderaan RM 3000.00
Melalui perkongsian maklumat risikan antara kerjasama bersepadu KPDNHEP bersama PGA Batalion 9 di Pos Simpangan, Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …