ALAT GANTI MOTOSIKAL DISYAKI TIRUAN DIRAMPAS KPDNHEP KELANTAN

 

TANAH MERAH : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik cap dagang berkaitan barangan tiruan disini semalam.
Maklumat daripada pemilik cap dagang yang sah mengenai penggunaan, pemilikan dan penjualan jenama dan produk milikannya tanpa kebenaran sah telah diadukan dan risikan juga telah dijalankan selama seminggu.
Seterusnya serbuan jam 11.00 pagi tadi di sebuah premis menjual alat ganti motosikal di Tanah Merah, Kelantan mendapati sebuah stor simpanan barangan alat ganti motosikal menjumpai sejumlah 262 “clutch plate” yang disyaki tiruan.
Pasukan operasi membuat sitaan dan menahan seorang pemilik premis iaitu seorang lelaki tempatan berumur 20an bagi membantu siasatan dibawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai rampasan barangan tiruan yang disyaki tiruan dengan anggaran sebanyak RM 9170.00 telah disita daripada pemilik premis.
KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini dan tindakan tegas akan diambil serta akan dipertuduhkan di mahkamah mengikut perundangan yang ditetapkan.

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN TERUSKAN PEMBERIAN INSENTIF KEPADA SYARIKAT PENERBANGAN

KOTA KINABALU (18 April): Pelaksanaan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan antarabangsa akan diteruskan bagi meningkatkan daya saing negeri Sabah di …
Maklumat Lanjut

KANAK-KANAK WARGANEGARA MALAYSIA TANPA DOKUMEN DISERU SERTAI PROGRAM SBJK – FADHLINA

KOTA KINABALU (18 April): Kanak-kanak warganegara Malaysia yang tidak mempunyai dokumen di negeri ini diseru untuk menyertai program Sekolah Bimbingan …
Maklumat Lanjut

BOM IKAN: DUA WARGA FILIPINA DIPENJARA 10 BULAN

KOTA KINABALU: Dua rakyat Filipina masing-masing dipenjara 10 bulan kerana mempunyai lapan ikan yang ditangkap menggunakan bom. Hakim Mahkamah Sesyen Elsie …
Maklumat Lanjut