750 LITER MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu KPDNHEP bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan disini semalam.
Kes dihasilkan berdasarkan maklumat risikan iaitu sebuah kenderaan yang mencurigakan dikesan semasa pemantauan membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dijalankan sekitar sempadan dan berjaya menghasilkan kes dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tindakan dihasilkan sejumlah 30 tong jerikin minyak petrol anggaran kuantiti 750 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran dijumpai bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1,537.50 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM 5,536.00.
Kes dihasilkan melalui perkongsian maklumat risikan antara kerjasama bersepadu KPDNHEP bersama PPM W3 di Kg.Telaga Bata, Tumpat Kelantan dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …