DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)
Penanti, 4 April 2022 – Program My Rakyat anjuran FAMA Negeri Pulau Pinang telah berlangsung pada 2 April 2022 mulai jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Pada kali ini, program ini telah diadakan di Penanti dan mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung yang hadir bagi mendapatkan keperluan barangan harian.
Program pada kali ini dimeriahkan dengan edaran kurma kepada pengunjung serta pelbagai promosi hebat barangan keperluan harian bagi persediaan ketibaan bulan Ramadan.


Program My Rakyat anjuran FAMA sentiasa membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang berpotensi serta sentiasa memberi tawaran produk yang menarik kepada pengguna. Semoga pelaksanaan program jualan ini memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Sumber:



