SOUQ RAMADAN @ PASAR TANI TASEK GELUGOR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Tasek Gelugor, 4 April 2022 – Program Souq Ramadhan @ Pasar Tani merupakan program yang bertemakan “Pasar Tani, Pasar Pilihan” dan sememangnya menjadi pilihan menjelang sambutan bulan Ramadhan 1443H. Program ini telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula 2hb & 3hb April 2022 di Pusat Komersial Tasek Gelugor pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program telah dirasmikan oleh YB Puan Nor Hafizah Othman, ADUN Permatang Berangan.

Antara pengisian program ialah penyerahan sumbangan Kongsi Rezeki kepada asnaf terpilih sempena persediaan menyambut bulan Ramadhan dan juga edaran telur masin dan sayur kepada pengunjung secara percuma.

Sumber:

Laman FB FAMA Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …