NORMA BAHARU DI SEKOLAH : TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah seluruh negara akan bermula pada 21 Mac 2022.

Justeru, anak-anak akan kembali ke sekolah dan penting kepada ibu bapa agar mengingatkan anak-anak agar mematuhi norma baharu di sekolah. Norma baharu ini perlu dipatuhi supaya penularan wabak COVID-19 di sekolah dapat dicegah.

Berikut merupakan norma baharu di sekolah dan juga merupakan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka :

1. Memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
2. Menasihati anak mengamalkan penjarakan fizikal
3. Mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
4. Mengajar anak langkah mencuci tangan dengan betul
5. Membawa hand sanitizer ke sekolah jika ada
6. Membelkalkan anak dengan pelitup muka secukupnya
7. Menggalakkan anak membawa bekal makanan ke sekolah

Sumber : Laman FB Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …