Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem organisasi, gangguan perkhidmatan penting serta menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dalam era digital, keselamatan siber merupakan sebahagian daripada keselamatan negara yang menuntut kesiapsiagaan semua pihak.
“Untuk mengatasi jenayah siber, kita memerlukan kerjasama seluruh masyarakat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyeru seluruh rakyat Malaysia, agensi kerajaan dan sektor swasta agar memperkukuh benteng pertahanan siber melalui amalan digital yang selamat. Elakkan pautan mencurigakan, lindungi maklumat peribadi, aktifkan pengesahan dua faktor (2FA/MFA) serta sentiasa mengemas kini sistem dan peranti.
Pada masa yang sama, setiap organisasi perlu meningkatkan kawalan keselamatan, melaksanakan penilaian risiko, menyediakan sandaran data, melatih warga kerja serta memperkukuh pelan tindak balas insiden bagi memastikan kesinambungan operasi dan perkhidmatan kepada rakyat.
📢 DISERANG SIBER? BERTINDAK PANTAS, LAPOR SEGERA!
📞 997 — NSRC: Laporkan penipuan kewangan dalam talian dan hubungi bank dengan segera.
🛡️ CYBER999: Laporkan penggodaman, perisian hasad dan insiden keselamatan komputer.
🏢 NACSA / NC4: Saluran pelaporan insiden keselamatan siber organisasi mengikut tatacara yang ditetapkan.
AYUH RAKYAT MALAYSIA! BERSATU DEMI KESELAMATAN SIBER NEGARA!
Keselamatan digital bermula daripada diri sendiri. Tanpa mengira kaum, agama, usia atau latar belakang, setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk melindungi diri, keluarga, organisasi dan negara daripada ancaman siber.
KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Sumber : Kementerian Dalam Negeri



