BYO PENANG: MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN “ECO BEKAS MAKANAN”

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

GEORGETOWN, 18 MAC 2022 – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengajak semua rakyat negeri ini agar membawa bekas makanan sendiri dijadikan amalan demi mewariskan alam sekitar yang berkualiti untuk generasi akan datang. Dalam memupuk budaya ini, MBPP telah menyerahkan “Eco Bekas Makanan” kepada Persatuan Pedidikan Hijau Sekolah Menengah Han Chiang pada 17 Mac 2022 bertempat di Dewan Bandaraya MBPP.

Tabiat membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan yang dibeli daripada kedai merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Umumnya telah diketahui bahawa penggunaan plastik sekali guna terbukti mencemarkan alam sekitar kerana ia bersifat tidak terbiodegradasi dan tidak boleh dikitar semula. Selain berbahaya kepada alam sekitar, kandungan kimia yang terkandung dalam plastik juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita.

Membudayakan membawa bekas makanan sendiri dilihat sebagai tanggungjawab semua lapisan masyarakat dan perlu diperkasakan dari semasa ke semasa sehingga ketidakbergantungan kepada penggunaan plastik sekali guna dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …