BEKAS ADUN REMBIA MENINGGAL DUNIA

Melaka: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada 3.42 pagi hari ini pada usia 68 tahun. Adun Asahan, YB Fairul Nizam Roslan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Arwah sebelum ini menderita barah dan turut disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di sana,” katanya. Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke Melaka 11.30 pagi ini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.

“Solat jenazah ghaib akan dilakukan di Surau Al Huda Taman Sri Pengkalan,” katanya yang turut memuat naik hantaran di Facebook.

Untuk rekod Norpipah adalah Adun Rembia selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, namun digugurkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15.

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga.

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut