APO YANG MENARIK KEK SERI MENANTI KUALA PILAH?

   
Memang hebat Kuala Pilah ni. Banyak betul tempat peranginannya. Bagi mereka yang suka suasana kampung yang damai dan menyegarkan. Laman Tamara adalah satu lagi tempat percutian sekeluarga.
Lokasi terletak di No 62, Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti NS. Homestay ini terletak di hadapan jalan besar sahaja. Di sini memang anda akan merasai suasana kampung yang original. Kalau malamnya pula memang terasa sojuk dan nyaman. Kita boleh terdengar bunyi unggas – unggas disekeliling. Kereto atau kenderaan yang lalui kat sini pun buleh dibilang. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Rindunya….. suasana kampung ni..
   
Sebenarnya rumah kampung ini telah di naik taraf ala – ala resort. Sangat cantik dan bersih. Yang best eh ado kolam renang. Buleh mandi sampai muak. Manakala yang suka memancing, kolam pancing juga di sediakan berhadapan rumah tersebut. Ada lampan, talapia dan keli. Laman pun besar, boleh buat macam – macam aktiviti outdoor. Nak masak pun buleh kerana peralatan dapo disediakan sekali…. Lagi best. Leh makan sama – sama. Malamnya leh buek BBQ..lepak2 ngan family mahupun kengkawan.
Kat situ juga ada jeram Batang Pilah. Cuma 7 minit sahaja masa diambil untuk ke jeram tersebut. Air Jeram pulak memang best. Bagi org luar pula mungkin tertanya-tanya apa yang menarik di sekitar Kuala Pilah. Nak tahu tempat – tempat menarik di Kuala Pilah selain Istana Seri Menanti, dan deretan kedai emas yg murah2.. anda juga boleh scroll post2 admin yg lama2.
Berminat boleh hubungi 013-363 1516 untuk pertanyaan lanjut.
Sapo Koba Nogori Sembilan tak Best?
   
Sumber : FB Negeri Sembilan Best

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut