BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR PADA 14 MAC 2022

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2022 – Hujan lebat yang turun sekitar Kuala Lumpur semenjak jam 4.30 petang tadi telah mengakibatkan air naik di beberapa lokasi dan menyebabkan banjir kilat. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur sedang mengadakan kawalan lalulintas di beberapa lokasi seperti berikut:-

  1. Jalan Barat dari arah pusat bandar menghala kebulatan kampung Pandan berhampiran Terowong SMART;
  2. Jalan Tun Razak berhampiran Menara JCORP;
  3. Bulatan Kampung Pandan menghala ke Bukit Bintang;
  4. Jalan Cochrane di hadapan Kompleks Membeli-belah My Town;
  5. Jalan Perkasa menghala bulatan Kampung Pandan berhampiran Stesen Minyak Shell; dan
  6. Jalan Cheras menghala Pudu hulu berhampiran Kompleks Membeli-belah Aeon Cheras.

 

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut