KOTA BHARU – Pembukaan cawangan ke 67 pasaraya MYDIN di Tunjong mampu memberi impak positif kepada perniagaan dan ekonomi domestik melalui lebih 400 lot sewaan tersedia dan menawarkan lebih 1000 peluang pekerjaan di dalam gedung yang terbesar di Malaysia.
MYDIN Tunjong yang berkeluasan hampir 1 juta kaki persegi turut dilengkapi surau dua tingkat, pusat sukan boling, parkir terbuka sebanyak 1269 lot, Bazar Siti Hawa dan ruangan permainan kanak-kanak.
Majlis Perasmian MYDIN Tunjong telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood diiringi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.


#mydinmalltunjong