PAAB BAKAL BINA 10 LOJI RAWATAN AIR BAHARU DI KELANTAN

 

KOTA BHARU – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memperuntukkan kira-kira RM471 juta bagi membangunkan aset-aset air yang baharu untuk mengatasi masalah bekalan air terawat di Kelantan.

Pengerusinya, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, peruntukan berkenaan termasuk membina 10 Loji Rawatan Air (LRA) yang baharu dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 125 juta liter air sehari (jlh) di seluruh negeri.
“Pembinaan loji itu termasuk LRA Semerak dengan kapasiti 50 jlh yang dijangka siap pada 2026 bakal memanfaatkan 300,000 penduduk di jajahan Bachok dan Pasir Puteh, selain LRA Chica (20 jlh), LRA Tanjung Mas (30 jlh), LRA Bukit Chupak (10 jlh) serta lima LRA mini di lima lokasi lain iaitu di Pengkalan Chepa, Bechah Mulong, Pengkalan Kubor, Kampung Laut dan Kampung Paloh yang mana jumlah keseluruhannya berupaya membekalkan 15 jlh.
Daripada peruntukan itu, PAAB turut bersetuju untuk menaik taraf LRA sedia ada Merbau Chondong bagi meningkatkan kapasiti daripada 45 jlh kepada 95 jlh dan menjalankan kerja-kerja menggantikan paip lama sepanjang 378 kilometer merentasi setiap jajahan di Kelantan,” katanya.

SUMBER : URUS SETIA PENERANGAN DAN KOMUNIKASI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …