PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA WP LABUAN

WP LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Program Jualan Keluarga Malaysia di Family Shopping Mart Taman Mutiara Sungai Bedaun WP Labuan, pada 12 dan 13 Mac 2022 dari pukul 09.00pagi sehingga 09.00malam.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan masyarakat setempat dan membuktikan bahawa inisiatif ini berjaya memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian dengan harga yang amat berpatutan. Masyarakat setempat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat membeli pelbagai barangan keperluan harian dengan perbezaan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran di setiap lokasi program PJKM.
Sumber: KPDNHEP WP LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …