SINGGAH SANTAI MUZIUM CHIMNEY WP LABUAN

WP LABUAN – Kakitangan Muzium Chimney menunjukkan demo beberapa permainan tradisi serta aktiviti tradisi menumbuk padi kepada pengunjung di pekarangan muzium tersebut semalam.

Sempena cuti sekolah ini, Muzium Chimney mengadakan program Singgah Santai dengan pelbagai aktiviti tradisi menarik untuk para pengunjung seperti menumbuk padi, menampi beras, mengukur kelapa, melipat tengkolok, memakai samping, memakai kain batik dan permainan tradisi.

Program tersebut adalah bagi memberi pendedahan serta pengenalan dan sejarah aktiviti tradisional masyarakat terdahulu terutama kepada pengunjung yang terdiri daripada golongan muda dan kanak-kanak.

Program Singgah Santai Muzium Chimney ini berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad pada 10 pagi hingga 4.30 petang.

Sumber: BERNAMA

Foto: Muqtadir Halim

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …