MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) BIL. 1/2022

KOTA BHARU – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) telah diadakan di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darulnaim pada 03 Mac 2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob dan dihadiri oleh beberapa agensi seperti PDRM, YAS Panglima 8 Bridged, Pengkalan Udara Gong Kedak,  APMM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresin, Jabatan Penerangan, AADK, APM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.

Mesyuarat membincangkan situasi keselamatan semasa pandemik COVID-19, situasi banjir semasa yang meruncing di Rantau Panjang, kadar pemberian dos penggalak yang masih rendah, sambutan Program PICKids bagi kanak-kanak 5-11 Tahun, langkah jangka pendek mengurangkan impak banjir di sepanjang Sungai Golok, isu ajaran sesat dan meragukan,  dan hala tuju penanaman ketum di Malaysia.

 

 

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut