PERBADANAN LABUAN DAN BADAN KORPORAT BANGUNKAN SEMULA GELANGGANG SUKAN EKSTREM

WP LABUAN – Perbadanan Labuan dengan bantuan badan-badan korporat di pulau itu berganding bahu membangun semula gelanggang sukan ekstrem yang terletak di Tanjung Purun.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, usaha itu amat penting bagi menunjukkan kebersamaan dengan golongan belia yang terlibat dengan sukan itu.

“Kerjasama antara kerajaan dan swasta amat diperlukan terutama selepas kita mengharungi pandemik COVID-19 bagi kita mencapai kemajuan yang meluas di Labuan.

“Tempat ini akan ditransformasi agar lebih dinamik dan moden serta kita berterima kasih kepada semua yang terlibat, diharap usaha ini dapat diteruskan,”katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah pembangunan semula gelanggang itu semalam.

Tiga Badan Korporat yang akan membiayai kos pembangunan semula gelanggang itu adalah EC Investment Bank, UW Global Money Broker Firm dan Labuan FSA.

Sumber: MalaysiaAktif

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …