KIT UJIAN PANTAS ANTIGEN COVID-19 BUATAN MALAYSIA CAPAI KETEPATAN 100 PERATUS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

GEORGE TOWN, 2 Mac 2022 – Program Penilaian Kualiti Luar (EQAP) yang dikendalikan oleh European Society untuk penilaian kualiti luaran (EsFEQA) telah mengesahkan bahawa kit ujian pantas (RTK) Antigen ProDetect Covid-19 buatan Malaysia oleh Medical Innovation Ventures Sdn Bhd (Mediven) memperoleh skor ketepatan 100 peratus.

Mediven merupakan sebuah syarikat diagnostik perubatan yang berpangkalan di Pulau Pinang yang membangun, mengeluarkan dan memasarkan ujian molekul diagnostik klinikal berkualiti tinggi dan pantas. Pengarah Operasi Mediven, Dr Lim Li Sze melalui kenyataannya pada Rabu lepas bahawa ujian pantas Covid-19 itu berfungsi sebagai alat saringan awal yang bernilai tinggi dan sama seperti disahkan dalam EQAP, kit ujian ProDetect syarikat itu mengekalkan kualiti dan ketekalannya dalam menghasilkan ketepatan tahap tinggi. Justeru, pengesanan awal, pengasingan dan rawatan kepada mereka yang dijangkiti adalah penting dan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 susulan daripada kes yang meningkat sekarang.

Pencapaian Mediven dalam penilaian EQAP mencerminkan dedikasi dan misi syarikat untuk menyediakan teknologi diagnostik yang canggih, kata Pengarah Eksekutifnya, Ariff Ismail. Mediven mempunyai dua (2) jenis kit ujian ProDetect untuk pengesanan COVID-19. Pakar perubatan menggunakan salah satu daripada dua jenis sampel sama ada sampel air liur dan calitan hidung manakala kit ujian kendiri akan menggunakan sampel air liur atau calitan hidung. Kit Ujian ProDetect menyediakan keputusan ujian dalam tempoh 20 minit dan mampu mengesan semua varian yang membimbangkan termasuk Delta dan Omicron.

Syarikat itu juga baru-baru ini mewujudkan kerjasama dengan MyDocLab melalui pelancaran aplikasi penjagaan kesihatan bagi membolehkan sekolah, korporat dan individu mengurus pekerja dan status kesihatan diri mereka dengan berkesan serta membolehkan pelaporan ujian pantas antigen profesional yang mudah untuk tujuan rentas sempadan antarabangsa yang boleh dilakukan di rumah dengan selesa. Aplikasi itu juga boleh mengeluarkan laporan rasmi yang diperakui secara profesional yang diperlukan untuk Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

 

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …