POLIS TAHAN 10 INDIVIDU DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN ALONG DALAM TALIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

NIBONG TEBAL, 3 Mac 2022: Polis melalui serbuan di sebuah premis di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat telah menahan enam (6) lelaki dan empat (4) wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan pemberi pinjaman wang atau ‘along’ secara dalam talian, dua hari lalu.

Satu serbuan telah dilakukan dalam OPS Vulture pada jam 4.30 petang berdasarkan hasil maklumat dan risikan yang telah dijalankan oleh Pasukan Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, maklum Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern.

Menurut beliau, didapati bahawa 10 individu berusia 18 hingga 30 tahun berada di premis tersebut semasa serbuan, dan pemeriksaan dalam premis itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan elektronik mencurigakan. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis mengesyaki premis itu digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman wang secara dalam talian tanpa lesen dan pusat panggilan bagi kegiatan mengutip hutang.

Pihak polis telah merampas komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama serta kad pra bayar yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman secara dalam talian dalam serbuan tersebut. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang sindiket itu yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai itu lagi, kesemua 10 individu itu dipercayai bekerja dengan sindiket berkenaan dan pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejak bila mereka beroperasi. Polis tidak menolak kebarangkalian peminjam bukan sahaja di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain juga. Beliau berkata semua 10 individu yang ditahan itu kini direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

 

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …