PESAWAT TERBANG RENDAH, TUDM LAKSANA LATIHAN BERMULA HARI INI HINGGA 7 MAC

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2022: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dn kesiapsiagaan bagi aset-aset udara bermula hari ini hingga 7 Mac 2022 membabitkan kawasan sekitar Selangor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang.

TUDM melalui kenyataannya memaklumkan bahawa pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di Kawasan tertentu terututamanya di sekitar Selangor serta Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu; Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Pangkalan Udara Kuantan, Pahang sepanjang latihan tersebut berlangsung.

TUDM melalui kenyataannya juga menasihatkan agar orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiagaan dilaksanakan. Latihan tersebut diadakan bagi menilai kecekapan anggota dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta pasukan sokongan logistic dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

Latihan tersebut juga diadakan bagi tujuan menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan asset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

 

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …