KPDNHEP KELANTAN RAMPAS MINYAK MASAK PAKET DISOROK DALAM STOR SEMBELIHAN AYAM

Pasir Mas – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 8,500 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor pusat penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong, Pasir Mas pada 24 Feb 2022 (Khamis) yang lalu.

Rampasan ini hasil maklumat dan operasi bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor. Siasatan awal mendapati minyak masak peket dianggarkan berjumlah RM21,250 itu dibawa dari Pahang ke pusat penyembelihan ayam proses tersebut.
Dalam serbuan jam 9.20 pagi itu tiga lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 30 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …