KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) JOHOR

JOHOR BAHRU, 26 FEBRUARI 2022 – Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) telah berlangsung pada 26 Februari 2022 (Sabtu) di semua Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh DUN di Negeri Johor. Terdapat 239 calon dan 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) yang terlibat dalam proses Penamaan Calon. Pihak PDRM bersama-sama dengan jabatan/agensi berkaitan telah turun padang bagi memantau kawalan keselamatan. Proses pemantauan bermula seawal jam 6.30 pagi hingga selesai proses Penamaan Calon.

Secara keseluruhan, keadaan semasa Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) berada dalam keadaan aman dan terkawal serta tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Semua pihak yang terlibat mempamerkan sikap profesional sepanjang proses Penamaan Calon dan mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Terima Kasih Kepada Jentera-Jentera Pilihan Raya & Agensi-Agensi Terlibat sepanjang tempoh Penamaan Calon.

 

Berikut adalah antara gambar-gambar di sepanjang tempoh kawalan keselamatan semasa Hari Penamaan Calon.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …