238,000 PELAJAR TERIMA MANFAAT PAHANG PRIDE STUDENT

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak menyerahkan kad Pahang Pride Student dan kit persekolahan kepada keluarga pelajar sekolah pada Majlis Pelancaran Pahang Pride Student di Perkarangan MBS World, Kuantan, hari ini.

KUANTAN, 22 FEBRUARI 2022 – Seramai 238,000 orang pelajar atau 150,000 buah keluarga di negeri ini menerima manfaat bantuan persekolahan melalui program Pahang Pride Student yang dilancarkan hari Ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan produk kebanggaan Pahang yang ketiga selepas Pahang Pride Kid dan Pahang Pride Kasih.

“Program Pahang Pride Student terbahagi kepada dua kategori bantuan iaitu pertama, pelajar kategori B40 dan M40 akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus untuk membeli barangan persekolahan di MBS Book and Stationeries.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak meneliti harga diskaun 20 peratus terhadap setiap pembelian menggunakan kad Pahang Pride Student pada majlis pelancaran kad tersebut di perkarangan MBS World, Kuantan, hari ini.

“Kedua, di bawah inisiatif Pahang Pride Student ini juga, Kerajaan Negeri akan memberi RM100 kepada kira-kira 50,000 orang pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian set alat keperluan persekolahan di mana ia akan diberikan sebelum sesi persekolahan tahun 2022 bermula iaitu pada 20 Mac 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pahang Pride Student di Pekarangan MBS World, Jalan Tanah Putih, Kuantan hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak.

Dalam pada itu beliau berkata, kad diskaun ini boleh digunapakai sepanjang tahun dan bukannya tertakluk kepada musim kembali ke sekolah sahaja.

“Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM5 juta ringgit untuk program Pahang Pride Student ini dengan harapan sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama dalam persediaan untuk memulakan persekolahan anak-anak.

“Kerajaan Negeri amat memahami ramai ibu bapa yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Malah, sebilangan besar juga masih dibelenggu kerugian akibat bencana besar banjir baru-baru ini,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan usaha yang dilakukan, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang terus komited dalam memastikan agenda pembangunan pendidikan dan modal insan sentiasa menjadi keutamaan.

Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan sebanyak RM91.4 juta ringgit untuk tabung pendidikan bagi manfaat 255,951 pelajar di negeri ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan latar belakang.

Jumlah ini melibatkan RM34.5 juta untuk Biasiswa, RM12.6 juta untuk Pinjaman, RM26.8 juta Program Pendidikan, RM7.6 juta untuk capaian komuniti, RM9 juta untuk capaian ekonomi, dan lain-lain.

Selain itu katanya, terdapat pelbagai lagi bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri menerusi pelbagai agensi antaranya usaha meningkatkan kadar literasi luar bandar dan Orang Asli melalui program ‘Baca Cepat Kawanku’, bantuan khas kepada sekolah dan PIBG, skim bantuan peranti digital dan pelbagai lagi.

Sumber: Laman Web PAHANGMEDIA (https://pahangmedia.my/238000-pelajar-terima-manfaat-pahang-pride-student/?fbclid=IwAR1SW6MP0nozB4TMGS-TsHWw2KqhppFUmE9FsSd1KSOepqoY4gBncT72F-s)

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut