PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK- KANAK (PICKIDS) NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 23 FEBRUARI 2022 –  Negeri Terengganu mensasarkan seramai 124,206 kanak-kanak disasarkan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini. Objektif pemberian Vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5-11 tahun adalah untuk melindungi kanak-kanak daripada mortaliti dan morbiditi akibat jangkitan Covid-19, membolehkan kanak-kanak menjalani aktiviti harian dengan lebih selamat terutama aktiviti di luar rumah dan tempat belajar: dan mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain yang tidak layak menerima vaksin Covid-19.

Kanak- kanak adalah berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19. Pemberian Vaksin COVID-19 dapat mengurangkan kadar jangkitan, morbiditi dan kematian akibat COVID-19. Semenjak PICKids dilancarkan di Negeri Terengganu pada 8 Februari 2022 sehingga 13 Februari 2022, seramai 2,537 kanak- kanak berumur 5- 11 tahun telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Vaksin yang digunakan adalah Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Syabas kepada ibubapa yang telah mengambil langkah bijak membenarkan anak- anak mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19. Bagi kanak- kanak yang belum mendapat suntikan vaksin COVID-19, ibubapa boleh mendaftarkan anak- anak mengikut salah satu cara di bawah:

  1. Mendaftarkan anak melalui aplikasi MySejahtera.
  2. Menghubungi guru kelas/pihak sekolah masing- masing berkaitan temujanji suntikan.
  3. Menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah atau PPV Klinik Kesihatan berdekatan.
  4. Bagi kanak- kanak yang mempunyai komorbid dan menjalani rawatan susulan di hospital, ibubapa boleh berhubung dengan pihak Klinik Pakar di hospital yang berdekatan.

#PICKids

#LindungDiriLindungSemua

#KitaJagaKita

#JagaAnakKita

#MKNTerengganu

 

 

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut