PROGRAM KAYUHAN MUHIBAH TERENGGANU – KELANTAN

KUALA TERENGGANU, 23 FEBRUARI 2022 – Kayuhan Muhibah Terengganu-Kelantan telah berlangsung meriah apabila hampir 200 peserta di kalangan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) dan wakil-wakil jabatan dan agensi di negeri telah menyertai kayuhan yang bermula dari Kota Putera Square, Besut sehingga ke Kota Darul Naim, Kota Bharu, sejauh 63 kilometer, yang telah dilaksanakan pada 19 Februari 2022.
.
Program ini adalah yang bertujuan merapatkan hubungan silaturahim pegawai antara kedua-dua negeri di Pantai Timur ini sambil melakukan aktiviti riadah yang menyihatkan fizikal turut disertai Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja dan wakil-wakil jabatan yang lain.
Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu merangkap Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, YBrs.Tuan Haji Rosli Latif melancarkan Majlis Pelepasan Kayuhan Muhibah bermula jam 8 pagi itu.
.
Kayuhan anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan (KNCS) mengambil masa kira-kira empat jam setengah melalui tiga hentian pit iaitu Dataran Bahtera Tok Bali, Pantai Irama Bachok dan Majlis Agama Islam Kelantan sebelum menamatkan cabaran serta makan tengahari di Kota Darul Naim, kira-kira jam 1.00 petang.
.
Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti yang diminati oleh YBM SUK Terengganu. Malah beliau juga tidak menolak untuk menyertai pelbagai kejohanan yang dianjurkan kelab berbasikal di seluruh Terengganu jika mempunyai kelapangan masa. Selaku penaung kepada kedua-dua kelab berbasikal dan juga Pengarah Eksekutif Terengganu Polygon Cycling Team, YBM Tengku amat komited untuk memastikan ahli kelab sentiasa aktif dengan aktiviti riadah yang bermanfaat itu.
.
————————————————————————————***———————————————————————————–
 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …