PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP MAJLIS MAKAN MALAM TAHUN BARU CINA 2022

Johor Bahru, 18 Februari 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menganjurkan program Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor. Sambutan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ini merupakan inisiatif dan acara tahunan bagi mempromosikan kebudayaan negara serta mengukuhkan perpaduan kaum ke arah keharmonian serta kemakmuran Keluarga Malaysia.

Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina ini diadakan secara fizikal dalam keadaan sederhana dengan pengamalan norma baharu bertujuan untuk membolehkan rakyat pelbagai kaum turut serta menyambut dan berkongsi kegembiraan serta kemeriahan meraikan bersama perayaan masyarakat Cina, di samping memupuk semangat cintakan negara.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Seri Ir. Dr Wee Kah Siong, Menteri Pengangkutan serta YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya.

MKN Negeri Johor telah bertugas bagi menjalankan pemantauan pematuhan SOP di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina tersebut. Majlis berada dalam kawalan dan berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan. Tetamu yang hadir awal mematuhi SOP pendaftaran, mengimbas kod MySejahtera serta pemakaian mask sepanjang di dalam dewan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar:
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
MKN Negeri Johor

   

      

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut